Saturday, September 19, 2020

Ru'yah dan Hisab

 Salam


Apakah pandangan al-ahkam mengenai sesuatu negeri hanya mengamalkan kaedah hisab semata-mata tanpa rukyah?

Wassalam



--------------
JAWAPAN:
ziy@d

Salam

Kita teliti mengenai hadith2 yang berkaitan.

Dari Umar R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

انا أمةأميةلانكتب ولانحسب الشهر هكذا وهكذا يعنى مرة تسعة وعشرين ومرة ثلاثين

------------------------------
Kami adalah umat yang ummi, kami tidak menulis dan mengira. Satu bulan itu adalah sekian sekian. Maksudnya, kadangkala 29 dan kadangkala 30.” (hadith bukhari dlm kitabul siyam)

الشهر تسعة وعشرون فلاتصوموا حتي تروا الهلال ولاتفطروا حتي تروه فان غم عليكم فأقدرواله

--------------------------
“Satu bulan itu adalah 29, maka jangan berpuasa sehingga kamu melihat anak bulan dan jangan kamu berhari raya sehingga kamu melihatnya. Jika dilindungi awan hendaklah kamu perkirakannya.” (Riwayat Imam Malik dlm Al-Muwatta’, Bukhari, Muslim dan lain-lain)

Al-hafiz Ibn Hajar menjawab mengenai persoalan ini dlm فتح الباري:
“Bahawa yang dimaksudkan dengan kiraan (al-hisab) di dalam hadith adalah kiraan bintang dan perjalanannya. Orang arab tidak mengetahui mengenainya kecuali sedikit sahaja. Oleh itu baginda menetapkan hukum berpuasa dan lainnya dengan ru’yah supaya mereka tidak menghadapi kesusahan dalam pengiraan. Hukum mengunakan ru’yah ini terus berkekalan sekalipun setelah terdapat di kalangan mereka orang yang mengetahui ilmu kiraaan bintang dan perjalanannya (Al-Hisab).

Tambah beliau lagi, “Bahkan menurut zahir hadith, hukum itu tidak bergantung langsung dgn hisab. Ini dijelaskan oleh hadith yang terdahulu iaitu, “…Jika dilindungi awan, hendaklah kamu cukupkan bilangan 30 hari…” Baginda tidak berkata, “tanyalah kepada ahli hisab.”

Illat hadith 2 di atas ialah ummah yang tidak tahu menulis dan mengira. Dalam hal ini, ummah itu sudah tidak ummi yakni mereka dapat mengira, menulis dan membaca. Mereka tidak boleh menggunakan ru’yah kecuali bagi orang yang tidak sampai kepada mereka perkhabaran sahih daripada ilmu hisab seperti orang yang tinggal di pendalaman.

Abul Abbas Ahmad bin Umar bin Surij (ulama besar As-Syafi’ie meninggal tahun 306 H) telah menyelaraskan dua hadith di atas. Maksud baginda S.A.W, “hendaklah kamu perkirakannya.” Bermaksud hendaklah kamu mengira dengan hisab. Hadith ini ditujukan khas kepada mereka yang dikurniakan Allah ilmu ini. Manakala sabda Baginda S.A.W, “hendaklah kamu cukupkan bulangan..” ditujukan kpd org awam.

SYeikh Ahmad Syakir (seorang fuqaha hadith abad 20), “Pendapatku ini hampir sama dgn Ibn Surij. Aku mengkehendaki supaya menggunakan hisab yg teliti dan dipercayai kebenarannya. Semua manusia perlu menerima reality ini kerana pada hari ini alat perhubungan mudah didapati. Penggunaan ru’yah adalah hanya kpd masyarakat mereka yg tidak sampa berita kpd mereka dan mereka ini tidak mendapati sesuatu yang boleh dipercayai utk mengetahui ilmu falak dan kedudukan matahari dan bulan.”
اوإل الشهور العربية Syeikh Ahmad Syakir )

Imam Taqiyuddin Al-Subki (fuqaha Syafie) dlm fatwanya, “Apabila hisab itu menafikan yg dilihat oleh mata, maka wajiblah qadhi menolak saksian seorang yng mengaku melihat anak bulan. Ini kerana hisab itu diyakini (qat’ie), sedangkan saksi dan berita itu zanni. Zan tidak boleh digunakan utk menolak sesuatu yang diyakini apatah lagi didahulukan.

Pendapat ini juga didokong oleh Syeikh Muhammad Mustofa Al-Maraghi salah seorang syeikhul azhar.

Praktis umat islam di malaysia menggunakan ru’yah dan hisab. Ru’yah itu hanyalah mencukupkan syarat. Seharusnya rukyah dan hisab itu akan selari dari segi perkiraannya. Ini menurut pandangan ahli astronomi.

Wassalam


_________________
thtl
Maqam 7

Wassalam

Tahqeeqan 

Jika sesuatu negeri itu sepakat ingin menggunakan Hisab adalah benar jika mereka diketuai oleh ‘alim-ilmuan yg faqeeh dalam Ilmu Falak syar’iy. Di sana ada negara-negara yg bermanhaj salafiyah atau manhaj Hadis tulin yg menolak Hisab dan membid’ahkannya. Spt Fatwa Syaikh Lahidan di Majalah Ukaz, Kingdom Saudi Arabia (KSA), Ramadhan 1401. Maka utk mencari kompromi, negara2 spt ASEAN menggunakan dua metode: Hisab dan Rukyah. AlAhkam (thtl) memilih Hisab falakiah lerana ilmu ini telahpun lengkap dan rajih sebagaimana umat Islam menggunakan Hisab dalam menentukan waktu solat, waktu imsak dan berbuka. Pendapat Hisab sahaja ini sekarang dipelopori oleh Mujtahid Dr Qardhawi lewat tulisan2 dalam Fatawa Mu’asirat (Fatwa2 Semasa) dan Kayfa Nata’amalu ma’a Sunnah alNabawiyah (Bgmn berinteraksi dgn Sunnah Nabawi) dan Syaikh alGhazali, asSunnah bayna ahlil Fiqh wal ahlilHadis (Sunnah: Konflik antara ahli Fiqih dan Ahli Hadis). Hisab adalah Fiqh Maqosid di mana objektifnya sama dgn Rukyah: mencari waktu utk berpuasa dan berhariraya. WA 

Bersahur Di Jepun Berbuka Di Malaysia

 Nama penuh: mohd fadzli

E-email: alie52@hotmail.com
Daerah: tsuyama
Negeri: jepun

Soalan: saya ingin bertanya perihal berpuasa.sekiranya saya mula berpuasa yaa'ni bersahur di jepun.. dan pulang ke malaysia pada hari tersebut yang cuma mengambil masa 6 jam perjalanan.katakan saya tiba di malaysia pada jam 5:30pm... kalau mengikut waktu berbuka disini adalah lebih kurang 5:03pm...jadi dalam keadaan
begini saya sepatutnya berbuka mengikut waktu berbuka malaysia ataupun waktu di jepun..


Jawab

1. Orang yang bermusafir dan menempuh jarak yang membolehkan solat qasar, maka dibolehkan pula untuk berbuka.
Inilah pendapat jumhur ulama' (Majmu' Fatawa Ibn Taymiyah, Jld 25, ms 209)

2. Jika anda memilih untuk terus berpuasa, maka waktu berbuka anda ialah bersama-sama dengan umat Islam di Malaysia kerana sekarang anda telah menjadi umat Islam Malaysia pula. Hukum ini dikeluarkan dari kaedah `Ikhtilaf alMuthali' atau menjaga kesatuan umat Islam dalam persoalan penyempurnaan puasa bila musafir yang menggunakan kenderaan yang laju seperti kapalterbang ( Prof Wahbah azZuhaili, juga Ustaz Basri Ibrahim (Pensyarah Kusza, Fiqh Himpunan Fiqh Pilihan)

sekian
thtl for al_ahkam online 

Bersahur Ketika Azan Berkumandang

 Assalamualaikum...


Saya jangka sudah tiada soalan, tapi dengan kuasa Allah s.w.t., kemusykilan ini datang di fikiran.
Apakah sah puasa seseorang itu sekiranya dia meneruskan makan sahur walaupun orang telah azan subuh; dan apakah sah puasa itu sekiranya orang itu bangun lewat, semasa azan tengah berkumandang, dia makan sahur sehingga azan habis, dia masih makan.....

Terima kasih.... wassallam.

Jawab
Alhamdulillah inilah jawapan yang dipohon:
Firman Allah Taala:
"...Dan makan dan minumlah hingga nyata garis putih dari garis hitam daripada fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sehingga malam." (Al-Baqarah, 187)

Mula berpuasa ialah apabila `nyata garis putih dari garis hitam '. Ia bermaksud fajar (masuk subuh).

--------
Masalah: Apakah sah puasa seseorang itu sekiranya dia meneruskan makan sahur walaupun orang telah azan subuh?
Jawab: Tidak sah, kerana masih makan ketika atau setelah terbit fajar.

Masalah: Apakah sah puasa itu sekiranya orang itu bangun lewat, semasa azan tengah berkumandang, dia makan sahur sehingga azan habis, dia masih makan.....
Jawab: Juga tidak sah.

Sekian. Wallahu a'lam.
zain y.s

Rujukan:
Feqhus Sunnah, sayid sabiq. 

Solat Sunat Tarawih Seorang Diri

 Nama penuh: SITI AMINAH MOHAMAD

E-email: irene@kempen.gov.my
Assalammualaikum!

Bagaimanakah cara yang terbaik untuk melakukan Solat Tarawih seorang diri? Apakah kita harus melakukannya sepertimana bila kita berjemaah? Bilal menyebut, makmum menjawab? Atau cara yang lain?

Sekian, terima kasih.

Jawab
Alhamdulillah, inilah jawapannya:
Boleh lakukan sebagaimana bila kita berjamaah. Iaitu sembahyang dua rakaat dua rakaat.

Masalah: Bilal menyebut, makmum menjawab? Atau cara yang lain?
Jawab: Ini adalah masalah membaca zikir atau selawat pada perceraian antara dua rakaat atau empat rakaat. Boleh dilakukan jika mahu. Ia bukan sebahagian dari syarat atau rukun sembahyang tarawih. Sila lihat penjelasan di:
http://ahkam.hypermart.net/soaljawab/soaljawab285.htm

Masalah: Berapa rakaat?
Jawab: 20 rakaat. Ada yang mengatakan 11 rakaat termasuk satu rakaat witir. Ada yang menyebutkan 8 rakaat kemudian berwitir.

Masalah: Surah yang perlu dibaca?
Jawab: Menurut Sayid Sabiq, tidak ada satu ketentuan dari nabi s.a.w. mengenai surah-surah khusus untuk dibaca di dalam sembahyang tarawih. Cuma ada dinukilkan dari kalangan salaf bahawa mereka membaca sebanyak 200 ayat. Ada yang membaca surah al-Baqarah sehingga selesai dalam lapan rakaat.

Imam Ahmad mengatakan hendaklah dibaca yang ringan sewaktu bersembahyang dengan orang ramai, jangan diberat-beratkan terutama pada waktu malam yang pendek masanya.

Al-Qadhi mengatakan, tidak bagus jika bacaa al-Quran itu kurang dari sekali khatam dalam sebulan. Tidak baik juga melebih had itu kerana akan memberatkan makmum.
(Lihat feqh sunnah, saiyid Sabiq)

Jika tidak mampu melakukan spt di atas, terpulang, kerana ia adalah soal keutamaan sahaja.
-----------------
Sekian, Wallahu a'lam.
zain y.s

Rujukan:
Feqhus Sunnah 

Fadhilat Tarawih Dari Al-Islah

 Assalamu'alaikum


Saya ingin bertanya kepada netters tentang perawi dan taraf hadis mengenai fadhilat solat terawih di bulan Ramadhan.

Saya ada membaca mengenai fadhilat ini di dalam sebuah buku tapi tidak disertakan pula perawinya.

Adakah hadis mengenainya sahih ?
Adakah perkara ini bid'ah ?

Please clarify bagi mereka yang tahu.

Assalamualaikum Saudara/i Wan dan para netters sekalian,

Saya juga sering tertanya-tanya tentang taraf hadith ini yang digunakan dengan meluasnya tapi tidak pernah dinyatakan siapakah perawinya atau tarafnya.

Minggu lepas saya telah berpeluang bertanya perkara ini kepada panel forum perdana yang telah diadakan di TNB HQ. Soalan saya telah dijawab oleh Dr. Marsyitah (UIA).

Jawapannya begini: Hadith ini telah disampaikan daripada Rasulullah kepada Sayidina Ali dan tiada sahabat lain yang mendengarnya. It is what is called as Hadith Muqrat. Walaupun ia bukan hadith sahih, ia diterimapakai atas peribadi Sayidina Ali yang mulia dan kerana ia tiada kena mengena dengan persoalan aqidah.

Itu sahaja jawapannya. Mungkin netters lain boleh memberi penjelasan lebih lanjut. Tapi pokok pangkal ibadat kita ialah untuk menzahirkan ubuddiah dan cinta kepada Allah serta untuk mendapat keredhaanNya. That reason is more important than 'mendapat pahala seumpama orang yang membaca kitabTAurat Injil, Zabur, dan Quran' atau "dibuka peluang baginya berdoa sebanyak 24 kali yang akan dimakbulkan oleh Allah.'

Wallahu a'lam.

Subject: [islah-net] Re: Fadhilat Terawih
Date: Mon, 21 Dec 1998 22:42:00 +0200
From: badiuz
To: islah-net@onelist.com

Assalamualaikum w.b.t

Hadis di bawah ni..hadis maudhu', hadis rekaan. Kalau silap harap betulkan.

Sekian. Wallahua'lam.
badiuz

Kelebihan Sembahyang Sunat Terawih
Diriwayatkan oleh Saidina Ali daripada Rasulullah s.a.w. sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi s.a.w. mengenai fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat Terawih pada bulan Ramadhan.

Malam pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan daripada Allah.

Malam kedua: Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibu bapanya (sekiranya mereka orang yang beriman).

Malam ketiga: Berseru malaikat di bawah arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam keempat: Memperoleh pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.

Malam kelima: Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Makmur (70,000 malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.

Malam ketujuh: Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi a.s. menentang musuh ketatnya Firaun dan Hamam.

Malam kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

Malam 10: Allah s.w.t. mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11: Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.

Malam 12: Datang ia pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13: Datang ia pada hari kiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14: Datang malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari kiamat.

Malam 15: Semua malaikat yang menanggung arasy, kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16: Allah s.w.t. tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

Malam 17: Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak-banyak pahala Nabi-nabi.

Malam 18: Seru malaikat: Hai hamba Allah! Sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibu bapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam 19: Allah s.w.t. tinggikan darjatnya di dalam syurga Firdaus.

Malam 20: Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21: Allah binakan sebuah istana di dalam syurga daripada Nur.

Malam 22: Datang ia pada hari kiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tiada dalam keadaan huru-hara di padang Mahsyar)

Malam 23: Allah s.w.t. binakan kepadanya sebuah bandar di dalam syurga daripada Nur.

Malam 24: Allah buka peluang dua puluh empat doa yang mustajab bagi orang yang berterawih pada malam ini (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25: Allah Ta'ala angkatkan daripadanya siksa kubur.

Malam 26: Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama empat puluh tahun ibadat.

Malam 27: Allah kurniakan kepada orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Siratal Mustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28: Allah s.w.t. kurniakan kepadanya seribu darjat di akhirat.

Malam 29: Allah s.w.t. kurniakan kepadanya pahala seribu kali haji yang mabrur.

Malam 30: Allah s.w.t. beri penghormatan pada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman yang bermaksud: Hai hambaKu! Makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingin makan di dalam syurga dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kauthar.


Subject: [islah-net] Re: Fadhilat Terawih
Date: Wed, 23 Dec 1998 07:45:25 +0300
From: aL-AHKAM online
Organization: MAKTABAH Enterprise
To: islah-net@onelist.com

From: aL-AHKAM online

Saya juga sering tertanya-tanya tentang taraf hadith ini yang digunakan dengan meluasnya tapi tidak pernah dinyatakan siapakah perawinya atau tarafnya.

Minggu lepas saya telah berpeluang bertanya perkara ini kepada panel forum perdana yang telah diadakan di TNB HQ. Soalan saya telah dijawab oleh Dr. Marsyitah (UIA).

Jawapannya begini: Hadith ini telah disampaikan daripada Rasulullah kepada Sayidina Ali dan tiada sahabat lain yang mendengarnya. It is what is called as Hadith Muqrat. Walaupun ia bukan hadith sahih, ia diterimapakai atas peribadi Sayidina Ali yang mulia dan kerana ia tiada kena mengena dengan persoalan aqidah.

(Walaupun ia bukan hadith sahih, ia diterimapakai atas peribadi Sayidina Ali yang mulia dan kerana ia tiada kena mengena dengan persoalan aqidah.)

Komen aL-AHKAM online:
Jika hadis tersbt bukan hadis sahih, bermakna sanadnya ada masalah atau matannya ada yang cacat. Jika sanadnya bermasalah bermakna ia tidak sampai kepada Rasulullah s.a.w. Bahkan tidak sampai juga kepada Ali r.a. Natijahnya: Hadis berkenaan tidak dapat diterima, sekalipun ia mengatasnamakan Rasulullah s.a.w atau Ali r.a. atau lain-lain.

Bagaimana ia dapat kita terimapakai atas peribadi Ali r.a. sedangkan sanadnya bermasalah? Atau matannya?

Jika matannya yang cacat, ini sudah jelas tidak dapat dipakai.

[Hadith Muqrat =???!]

Hadis fadilat tarawih telah saya dapati ada di dalam kitab Durratun Nasihin, hal. 19, cetakan Darul Fikri Beirut. Iaitu kitab yang pernah dijadikan rujukan isu `mayat jadi babi'. Sebagaimana kaburnya `hadis mayat jadi babi' begitu juga dengan hadis fadilat tarawih.

Saya telah salinkan secara penuh nash hadis berkenaan di:
http://ahkam.hypermart.net/f_tarawih.htm

Terjemahannya saya copy & paste dari posting badiuz intouch@soficom.com.eg

Hadis mayat jadi babi:
http://ahkam.hypermart.net/soaljawab/soaljawab124.htm

---------------
kerana ia tiada kena mengena dengan persoalan aqidah.

Komen aL-AHKAM online:
Tidak kira samada soal aqidah ataupun soal hukum fikah atau fadhilat amal, jika hadis itu dhaif, tidak boleh diriwayatkan sesuka hati. Jika mahu juga meriwayatkan, hendaklah disebutkan cacat celanya. Jika tidak, haram.

Memang ada disebutkan bahawa mubtadi' dlm bidang hadis boleh meriwayatkan hadis yang masih tidak diketahui rijalul hadisnya (spt yg kita hadapi skrg), tetapi hendaklah menggunakan `sighat tamridh', spt "diriwayatkan dari Rasulullah s.a.w. begini..." Jika kita terima ini, maka tidak mengapa bagi orang yang mengerti dalam bidang hadis, kerana mereka tahu jika begitu cara periwayatannya bermakna tidak diketahui rijalnya lagi.

Tetapi bagi orang awam, jika kita menggunakan `sighat tamridh', maka mereka akan terus menganggapnya bahawa ia sudah pasti dari Rasulullah s.a.w.

Jika utk fadhai'l a'mal, memang sebahagian ulamak membenarkannya tetapi bukan secara mutlak tetapi dengan beberapa syarat yg ketat.

-----------
Saya berharap, sesiapa yang punya kelengkapan rujukan, sila buat takhrij terhadap hadis ini. Kerana penyebarannya begitu menyeluruh sedangkan statusnya masih kabur.

Hati-hati...

thtl sila tambah komen ini jika ada.

Sekian
zain y.s
aL-AHKAM online

Subject: [islah-net] Re: Fadhilat Terawih
Date: Wed, 23 Dec 1998 21:56:04 +0800
From: TuanHassan Tn-Lah
Organization: Change Mgmt, Telekom M'sia
To: [email]zainys@pd.jaring.my">zainys@pd.jaring.my
CC:

Berbalik kepada hadith popular bulan Ramadhan (fadha-il Malam-malam Tarawikh Imam Ali) gagal melepasi neraca pertama: tidak thabit atau tidak disahihkan oleh mana-mana Imam Hadith. Tanyalah kepada mana-mana ahli hadith dan sudah pasti dia tidak akan jumpa hadith tersebut dalam Kutub asSittah (kitab hadis yang enam): 

Bukhari, Muslim, atTurmudzi, Abu Daud, anNasa'iy dan Sunan Ibn Majah. Manakala ia tidak menepati neraca # 2, yakni bercanggah dengan kefahaman sebenar tentang tasawwur puasa dan tidak sesuai dengan nilai keilmuan dalam Islam. Puasa dalam Islam yang dijelaskan oleh sumber yang sahih ialah sebagai salah satu jalan kepada taqwa. Taqwa itulah objektif puasa dan taqwalah jalan kemenangan dan kejayaan umat Islam dunia dan akhirat. Metod fadhilat adalah untuk mereka yang lemah akalnya dan masih kebudak-budakan yang amat terangsang dengan fadhilat dan kebendaan.

Hadis ini kemungkinan direka oleh Syi'ah untuk menonjolkan maqam ketinggian Ali KW yang di dakwa oleh Imam-imam Syi'ah banyak menerima hadis-hadis khusus yang tidak pernah diriwayatkan oleh sahabat-sahabat lain.

Hadis ini juga bertujuan memikat golongan awam yang jahil dengan pelbagai kisah dan riwayat. ia direka oleh penglipurlara jahat supaya masyarakat jahil terpukau dan asyik mendengar ceritanya. Penglipurlara ini giat aktif di zaman Imam Ahmad Ibn Hanbal.

Hadis ini juga mungkin direka oleh ahli zuhud dan tasawwuf yang menyeleweng bertujuan membangkitkan keghairahan orang awam yang jahil supaya giat beribadat tanpa ilmu.

Demikianlah penjelasan AsSyaikh Mustafa asSiba'iy dalam kitabnya asSunnah dan Imam Jalaluddin asSyuyuti (Tahdzirul Khawasy min akazibil Qasyasy).

Maka jauhilah dan tegahlah pengedaran hadis fadhail tarawikh Ramadhan tersebut dan gunalah neraca-neraca ini bila kita didatangkan dalil dalam bentuk hadis. Terlebih dahulu pastikan kesahihannya. Ingatlah amaran baginda,"sesiapa yang merekacipta hadis atas namaku, maka dia telah menempah tempat diNeraka."

sekian
thtl

Jimak Malam Lewat Mandi Hadas

 Apakah sah puasa bagi orang yang berjimak pada malam hari pada bulan puasa tetapi hanya melakukan mandi wajib setelah terbit fajar tetapi sebelum terbit matahari?



----------
Jawab
Alhamdulillah, inilah jawapan yang dipohon:
Yang membatalkan puasa ialah jimak pada siang hari. Sedangkan pada malam harinya dibolehkan, sekalipun mandi wajib setelah terbit fajar. Orang yang berhadas besar sah berpuasa, kerana suci dari hadas besar dan kecil bukan syarat sah puasa.

Syarat-syarat sah puasa (mazhab Syafi'i):
1. Islam ketika berpuasa
2. Mumauyiz
3. Suci dari haidh, nifas dan wiladah
4. Berpuasa pada waktunya.

-----------
Al-Khatib al-Syarbini menjelaskan:
"Dan jika suci perempuan yang haidh pada malam hari dan berniat puasa, seterusnya berpuasa atau berpuasa orang yang berjunub tidak mandi terlebih dahulu, maka sah puasanya..." (Lihat Mughnil Muhtaj, vol. 1, hal. 436)

Katanya lagi:
"Ada hadis sahihain (Bukhari & Muslim) yang mengatakan bahawa Nabi s.a.w. berpagi-pagi (subuh) dalam keadaan junub dari jima', bukan kerana mimpi, kemudian baginda mandi dan berpuasa." (ibid.)

Katanya lagi:
"Adapun hadis Bukhari: "Barangsiapa yang berjunub, maka tiada puasa baginya", ia dimengertikan dengan orang yang berjima' ketika mendekati waktu subuh dan meneruskannya (sehingga masuk waktu). Sebahagiannya pula mengatakan bahawa hukum dari hadis berkenaan telah dimansuhkan." (ibid.)

Sekian. Wallahu a'lam
zain y.s.

Rujukan
Al-Feqh Alal Mazahibil Arba'ah, vol 1, Abdul Rahmana al-Jaziri
Mughnil Muhtaj, vol 1 

Apakah Wajib Kafarah Kerana Melakukan Onani

 Assalamualaikum.....

Saya ada satu soalan....

Saya telah melakukan onani dalam bulan puasa pada lebih kurang 6 tahun lepas.Pada masa itu saya tidak tahu hukum yang apabila seseorang itu mengeluarkan air mani dengan sengaja dalam bulan puasa..dia mesti membebaskan seorang hamba, atau berpuasa 2 bulan atau membayar fidyah. Pada masa itu saya hanya tahu syarat batal puasa iaitu salah satu darinya ialah mengeluarkan air mani dengan sengaja dan saya telah mengkhadakan puasa tersebut dan bertaubat. Beberapa lama selepas dari kejadian itu baru saya dapat tahu tentang hukum denda tersebut.

Soalan saya, apakah saya harus melaksanakan hukum tersebut ( membebaskan seorang hamba atau berpuasa 2 bulan atau membayar fidyah)sedangkan pada masa saya lakukan perbuatan tersebut saya dalam keadaan jahil ( tidak tahu tentang hukum tersebut ). Jikalau saya terpaksa melaksakan hukum tersebut, apa yang perlu saya lakukan sedangkan kejadian tersebut telah berlaku sejak 7 tahun lepas...

Terima Kasih...

Jawab
Alhamdulillah, inilah jawapan yang dipohon: 

Mengeluarkan air mani pada siang Ramadhan membatalkan puasa tetapi tidak mewajibkan kaffarah (membebaskan seorang hamba, atau berpuasa 2 bulan atau membayar fidyah). Namun ia wajib qadha'.

Menurut Syafi'i, perkara yang membatalkan puasa serta wajib qadha' dan kaffarah hanya satu sahaja, iaitu jimak dengan beberapa syarat. Manakala keluar air mani dengan menggunakan tangan, ciuman, geselan dsbnya hanya membatalkan puasa sahaja. Tidak dikenakan kaffarah. Dan keluar air mani dengan sebab mimpi, melihat atau mengkhayalkan sesuatu yang menaikkan syahwat tidak membatalkan puasa.

Menurut Hanbali, yang membatalkan puasa serta mewajibkan qadha' dan kaffarah ialah: 

1. Jimak pada siang ramadhan, samada pada faraj atau dubur. 

2. Mengadakan hubungan lesbian (musahaqah).

Menurut Malik pula, yang membatalkan puasa serta mewajibkan qadha' dan kaffarah ialah setiap perkara yang membatalkan puasa dengan syarat-syarat yang khusus.

Menurut Hanafi yang membatalkan puasa serta mewajibkan qadha' dan kaffarah ialah: 

1. Makan atau yang semakna dengannya, dengan beberapa syarat tertentu. 

2. Melepaskan syahwat kemaluan secara sempurna, juga dengan beberapa syaratnya.
 
-------- 

Masalah: Apakah saya harus melaksanakan hukum tersebut ( membebaskan seorang hamba atau berpuasa 2 bulan atau membayar fidyah)sedangkan pada masa saya lakukan perbuatan tersebut saya dalam keadaan jahil ( tidak tahu tentang hukum tersebut ). 

Jawab: Berdasarkan mazhab Syafi'i, saudara/ri tidak perlu membayar kaffarah. Cuma, jika saudara melewat-lewatkan qadha' puasa yang ditinggalkan secara sengaja (spt onani dsbnya), sehingga tiba Ramadhan berikutnya, maka saudara diwajibkan mengqadhak puasa berkenaan serta membayar fidyah. Sila lihat penjelasannya di sini: 

http://ahkam.hypermart.net/soaljawab/soaljawab242.htm

Sekian. Wallahu a'lam.

zain y.s

Rujukan:
Al-Feqh Alal Mazahibil Arba'ah, vol 1

Lewat Mengganti Puasa dan Fidyah

 Alhamdulillah, kerana ada homepage seperti al-Ahkam online. Ia memang banyak membantu saya dalam masalah hukum.

Pertanyaan saya ialah: Boleh ustaz jelaskan tentang fidyah kerana kelewatan qadha' puasa?

Jawab
Alhamdulillah, inilah jawapannya,
Dasar fidyah ialah firman Allah Taala:
"..Dan wajib atas orang yang tidak berdaya berpuasa (kerana tua dsbnya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin.." (al-Baqarah:184)

Hukum fidyah:
Hukumnya adalah wajib berdasarkan firman Allah taala di atas.

Jumlah fidyah yang wajib dibayar
Jumhur ulamak mengatakan bahawa fidyah adalah sebanyak sau cupak makanan asasi di negeri tempatnya tinggal, untuk setiap hari puasa yang ditinggalkan.

Sebab-sebab Fidyah:
1. Para ulamak bersepakat mengatakan bahawa orang yang tidak berdaya mengerjakan puasa, adalah wajib membayar fidyah. Seperti orang tua yang lemah dan sudah tidak mampu lagi untuk berpuasa. Selain dari ayat al-Quran di atas, Ibnu Abbas ada menjelaskan bahawa perkara ini adalah satu rukhsah (keringan) dari ALlah Taala.

2. Para ulamak juga bersepakat mengatakan bahawa orang yang menderita sakit yang tidak ada harapan untuk sembuh juga diwajibkan membayar fidyah. Dia tidak lagi diwajibkan berpuasa. Dasarnya ialah firman Allah Taala:
"..Dan Ia tidak menjadikan kamu menganggung sesuatu keberatan dan susah oayah dalam perkara agama.." (Al-Hajj: 78)

3. Bagi perempuan yang hamil atau menyusukan anak yang bimbangkan keselamatan anaknya, dia dibenarkan berbuka. Juga diwajibkan mengqadha' puasanya itu. Dan.. Menurut jumhur ulamak, dia juga diwajibkan membayar fidyah untuk setiap puasa yang ditinggalkannya. Ulamak Hanafi berpendapat sebaliknya, di mana perempuan di atas tidak perlu fiidyah.

Masalah: Jika khuatirkan keselamatan diri sendiri.
Dalam masalah ini, hanya wajib qadha' sahaja, tidak fidyah. Inilah pendapat semua ulamak. Dalilnya ialah ayat al-Quran di atas.

4. Mereka yang lewat mengqadha'kan puasa Ramadhan, sehingga datang Ramadhan berikutnya juga diwajibkan fidyah. Ini adalah pendapat Jumhur ulamak. Sedangkan Hanafi, tidak berpendapat begitu. Mereka berpendapat tidak perlu fidyah.

Dan jika kelewatan qadhak puasa itu kerana uzur, tidak wajib fidyah.

Masalah: Apakah fidyah bertambah dengan pertambahan tahun?
Menurut pendapat Ashah (terkuat) Syafi'i, ya bertambah dengan pertambahan tahun. Alasan mereka ialah, kewajipan yang berbentuk harta tidak boleh disekalikan (jamak/himpunkan sekaligus).

Maliki dan Hanbali berpendapat tidak berganda dengan pertambahan tahun. Mereka menyamakannya dengan hukuman hudud yang dikenakan sekaligus.

-------------
Masalah: Kelewatan qadha' puasa hingga datang Ramadhan berikutnya - Fatwa al-Qardhawi
Dr. Yusof al-Qardhawi mengatakan bahawa sebahagian imam berpendapat dalam kes ini diwajibkan mengqadha' puasa berkenaan dan membayar fidyah satu mud untuk setiap hari puasa yang ditinggalkan. Satu mud bersamaan dengan setengah kilogram lebih sedikit.

Katanya, inilah mazhab Syafi'i dan Hanbali yang berdasarkan kepada amalan sejumlah sahabat. Manakala sebahagian para imam yang lain tidak mewajibkan fidyah. namun qadhak tetap wajib dilaksanakan.

Masalah: Pendapat yang perlu diikut
Al-Qardhawi mengatakan bahawa memberi fidyah adalah satu amalan yang baik, tetapi jika tidak membayarnya insyaallah tidak ada dosa atasnya. Ini adalah kerana tidak ada satupun riwayat yang sahih mengenainya dari Nabi s.a.w.

Kami berpendapat, kita di Malaysia ini, tidak ada salahnya kita beramal dengan mazhab Syafi'i, iaitu membayar fidyah atas kelewatan qadha' puasa.

Masalah: Ragu-ragu tentang jumlah puasa yang ditinggalkan
Hendaklah mengikut dugaannya yang lebih kuat dan yang lebih diyakininya. Namun, untuk menenangkan hatinya dan agar seseorang itu selamat dalam agamanya serta bebas dari tanggungan, maka hendaklah dia menentukan jumlah yang lebih banyak. Kerana ini akan mendapat tambahan pahala dan ganjaran.

Sekian, wallahu a'lam.

zain y.s

Rujukan:
Mughnil Muhtaj, vol. 1, al-Khatib al-Syarbini
Bujairimi Alal Khatib, vol. 2, al-Bujairimi
I'anah al-Thalibin, vol 2, al-Syatha
Fatawa Muashirah, vol 1, al-Qardhawi
Bidayatul Mujtahid, vol. 1, Ibnu Rusyd  

Kelebihan Bulan Rejab dan Syaaban

 Nama penuh: Noor Rezah Che Mat

> E-email: Rezahm@klcc.com.my
> Daerah: KL
> Saya ingin mendapat kepastian dari pihak tuan..apakah jika seseorang itu
> berpuasa 3 hari berturut2 InsyaAllah doanya dimakbulkan Allah.
>
> Tolong berikan kelebihan bulan Rejab & Syaaban.

Jawab

1. Maksud puasa tiga hari berturut-turut itu ialah puasa al Bidh (puasa bulan putih) pada tarikh 13,14, & 15 setiap bulan (Bulan qamariah). Hukumnya sunat. Manakala pahalanya pula, menurut kitab Sunan Abu Daud (Jld 7, ms 118) ianya sama dengan puasa dahr (puasa selama-lamanya). Tiada nas hadis yang menyebut hubungan makbulnya do'a dengan melakukan puasa ini.

2. Do'a ialah ibadah dan Allah menyuruh kita sentiasa berdo'a sebagaimana yang dianjurkan oleh alQur'an:
a) maksud: "berdo'alah kepada-Ku, niscaya Aku akan kabulkan do'amu." alMukmin:60
b) maksud: "Aku akan mengabulkan permohonan dari orang yang berdo'a, jika ia berdo'a kepada-Ku." alBaqarah: 186

Do'a hamba-hamba Allah akan dikabulkan bila memenuhi syarat, tertib, berdo'a dengan do'a-do'a yang ma'athur (do'a yang diajar oleh RasuluLLlah saw) serta mencari sa'at-sa'at yang menasabah supaya mudah dikabulkan.

3. Kelebihan bulan Rejab dan Sya'aban.
Tidak ada kelebihan bulan Rejab, melainkan ia adalah salah satu bulan-bulan suci. Begitu juga berpuasa di dalamnya tidaklah membawa keistimewaan khusus. Begitu juga dengan bulan Sya'aban, tidak disebut keistimewaannya, melainkan RasuluLlah saw banyak berpuasa di dalamnya. (Sayyid Sabiq, Fiqh Sunnah; Ibn Hazm, alMuhalla; Dr Abdul Karim Zaidan, alMufassal)

sekian
thtl for al_ahkam online 

Puasa Qadho dan Sunat Dengan Satu Niat

 Nama penuh: Nur Ain Arrais

E-email: nurain@teras.com.my

Bolehkah saya berniat untuk berpuasa ganti dan sunat sekali dalam satu masa? Contohnya untuk esok ke?

--------------------
Jawab
Alhamdulillah, inilah jawapannya:
Masalah ini ada disebut di dalam kitab-kitab utama mazhab Syafi'i. Dan, di kalangan mereka sendiri berselisih pendapat tentang boleh atau tidaknya.

--------
Sebuah kitab kecil mazhab Syafi'i Fathul Mu'in, ada menukilkan perselisihan pendapat antara para ulamak Syafi'i:
(Furuk): Telah berfatwa sekumpulan ulamak mutakhir bahawa hasil pahala puasa Arafah (atau puasa pada hari-hari lain yang disunatkan), dengan jatuh puasa fardu padanya. Ini menyalahi apa yang terdapat di dalam kitab al-Majmu' serta diikut oleh al-Asnawi, katanya: Jika berniat kedua-duanya, tidak hasil satu apa pun....
(Fathul Mu'in Bi-Hamisy I'anah al-Thalibin, Syeikh Zainudin al-Malbari, vol. 2, hal. 271)

Contoh: Jika seseorang itu berpuasa qadhak dan ia dilakukan pada salah satu hari yang disunatkan berpuasa, maka akan mendapat pahala kedua-duanya jika diniatkan kedua-duanya. Mereka mengqiyaskan dengan sembahyang tahiyatul masjid.

Namun ini dibantah oleh sebahagian ulamak, antaranya ialah al-Asnawi. Katanya, jika seseorang itu berniat puasa wajib sahaja, maka hasil puasa wajib. Jika dia berniat kedua-duanya (berpuasa wajib dan sunat), maka tidak dapat apa-apa pun. Mereka menganggapnya tidak sah.

-------------------------
Alasan golongan yang menolak
Firman ALlah Taala:
"Dan tidaklah diperintahkan mereka, melainkan menyembah Allah, serta mengikhlaskan ketaatan kepadaNya." (Al-baiyinah:5)

Maksud `mengikhlaskan' ialah mengikhlaskannya amal yang diperintahkan menurut cara yang diperintahkan.

Abu Yusof sahabat imam Hanafi berkata: Barangsiapa sembahyang ketika musafir dua rakaat (qasar) dengan meniatkan zohor dan sunat, atau barangsiapa mengqadha' puasa Ramadhan dengan meniatkan qadha' dan puasa sunat, hasilnya, baginya qadha' sahaja dan batallah puasa sunatnya (tidak beroleh pahala).

-----------
Kesimpulan:

1. Segolongan ulamak mutakhir dari kalangan al-Syafi'i membolehkan berpuasa dengan niat qadhak dan sunat. Hasil kedua-duanya. Mereka qiyaskan dengan sembahyang tahiyat masjid.
2. Sebahagiannya menolak, bahkan batal puasanya. Mereka bandingkan dengan sembahyang qasar zohor diniatkan fardu zohor dan sunat sekaligus.

zain y.s 

Dari Jepun Masalah Solat Tarawih

 Nama penuh: kamarularifin bin abd jalil

E-email: kamarularifin@hotmail.com
Daerah: Okinawa
Negeri: Jepun
Majikan/jabatan/univ/sekolah: Okinawa International Center

Assalammualaikum wbrkt.

Di sini saya ingin menanya satu soalan berkenaan solat tarawih.

Di tempat saya menjalani kursus (Okinawa Jepun) terdapat agak ramai kaum muslimin dan muslimat (20-30 org). Daripada ramai-ramai umat Islam di sini, terdapat satu kumpulan manusia daripada sebuah negeri di Semenanjung Arab yang mengatakan di negeri mereka solat tarawih tidak dikerjakan. Alasan yg mereka gunakan ialah, tidak terdapat sebarang Nas (dalam bentuk hadis) yg boleh dijumpai di dalam kitab Sahih Bukhari atau Muslim yg mengatakan Nabi SAW pernah bersolat tarawih.
Menurut mereka lagi, solat tarawih hanya mula dikerjakan pada zaman Saidina Abu Bakar r.a melalui ijtihad.

Soalan saya :
Apakah benar tidak terdapat sebarang hadis (yg sahih kalau boleh) yg mengatakan bahawa Nabi SAW pernah bersolat tarawih ? Jika ada tolonglah berikan kepada saya agar dapat saya berikan kepada sahabat saya dari benua Arab tu. Jika tidak, bagaimana hendak meyakinkan sahabat saya itu agar sama2 menunaikan solat tarawih nanti bersama2 kami.

Jazakallah
Wassalam

----------------
Jawab

Terimakasih kerana mengunjungi aL-AHKAM online. Juga terimakasih atas soalan yang baik ini. Alhamdulillah, inilah jawapannya:

Sabda Rasulullah s.a.w.:

Ertinya: Aisyah r.a. berkata: Bahawasanya Nabi s.a.w. bersembahyang di dalam masjid, lalu bersembahyanglah dengan sembahyangnya beberapa orang (sahabat), kemudian bersembahyang pada malam yang kedua, lalu bertambah ramai orang yang mengikut. Kemudia mereka berkumpul pada malam ketiga atau keempat, tetapi Rasulullah s.a.w. tidak keluar dari biliknya. Setelah pagi, baginda ersabda: Aku lihat apa yang kamu lakukan. Tidak ada yang menghalangi aku keluar padamu, melainkan aku takut akan difardukan sembahyang malam atas kamu. Dan yang demikian itu dalam bulan Ramadhan. (HR Bukhari dan Muslim)

> Hadis di atas menunjukkn bahawa sembahyang Terawih itu sunat. Begitu juga dengan perlaksanaannya secara berjamaah.

Ertinya: Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. menggemarkan para sahabatnya mengerjakan sembahyang malam di bulan Ramadhan dengan tidak memberatkannya. Baginda bersabda: Barangsiapa berdiri dibulan Ramadhan bersembahyang malam kerana imannya kepada Allah dan kerana mengharap pahala, maka diampuni baginya apa yang telah lalu dari dosanya. (HR al-jamaah)

-----------------
Kembali kepada soalan:
Masalah:
Apakah benar tidak terdapat sebarang hadis (yg sahih kalau boleh) yg mengatakan bahawa Nabi SAW pernah bersolat tarawih ?

Jawab:
Tidak benar. Kerana terdapat hadis-hadis Rasulullah s.a.w. yang bertaraf sahih yang menunjukkan bahawa Rasulullah s.a.w. mengerjakan Tarawih.

Riwayat dari Bukhari dan Muslim sendiri, dan dari hadis-hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, al-Nasa’I, al-tarmizi, Ibnu Majah dan Malik mengenai Tarawih.

Masalah:
Jika ada tolonglah berikan kepada saya agar dapat saya berikan kepada sahabat saya dari benua Arab tu.

Jawab:
Boleh ambil dan berikan dua hadis di atas. Hadis di atas adalah sahih.

Masalah:
Daripada ramai-ramai umat Islam di sini, terdapat satu kumpulan manusia daripada sebuah negeri di Semenanjung Arab yang mengatakan di negeri mereka solat tarawih tidak dikerjakan.

Jawab:
Kami agak merasa aneh dengan penjelasan ini. Negeri Arab mana? Kami biasa juga tinggal salah sebuah di negara Arab, tetapi tidak berlaku perkara ini. Atau mungkin di luar pengetauan kami.

Masalah:
Menurut mereka lagi, solat tarawih hanya mula dikerjakan pada zaman Saidina Abu Bakar r.a melalui ijtihad.

Jawab:
Ini merupakan satu fakta yang salah. Para imam ulamak dari empat mazhab telah menetapkan bahawa sembahyang Tarawih disyariatkan berdasarkan kepada perbuatan Nabi sendiri. Ia dapat kita lihat di dalam kitab-kitab dari semua mazhab.

Cuma mereka berselisih pendapat tentang tarawih yang dikerjakan secara berjamaah. Apakah ia lebih baik dikerjakan bersendirian atau berjamaah? Kemudian mereka juga berselisih pendapat tentang jumlah rakaatnya…

Mengenai sembahyang Tarawih yang dilakukan secara berjamaah telah dimulakan pada zaman Umar r.a. sebagaimana yang terdapat di dalam riwayat Bukhari dari Abdul Rahman bin Abdul Qarii.

Dan, pada zaman Rasulullah s.a.w., baginda sendiri tidak melarang para sahabat mengerjakannya secara berjamaah (lihat hadis di atas).

Sekian. Wallahu a’lam
zain y.s

Rujukan
Subulus Salam - Al-Shan’ani
Nailul Authar - Al-Syaukani
Fathul Bari - Ibnu Hajar al-Asqalani 

Menggunakan Ubat Lelah Semasa Berpuasa

 Nama penuh: halimah bt yusof


Soalan: Ustaz,saya seorang yang mengidap penyakit lelah dan menggunakan sejenis ubat berbentuk gas yang diletakkan pada bibir saya dan menyedut gas yang dikeluaran untuk melegakan rasa lelah yang saya alami. Kemuskilan saya ustaz, adakah batal puasa saya jika saya mengunakan rawatan tersebut ketika saya sedang berpuasa?. Sekian harap maklum.


Jawab

Bagi pesakit athma atau lelah. Amalan penggunaan inhaler tidak membatalkan puasa kerana yang disedut itu ialah gas dan untuk tujuan perubatan. Ini adalah fatwa Syaikh Ben Baz dalam koleksi fatwanya (Fataawa adDa'awah Syaikh Abdul Aziz ben Baz, Grand Mufti of Saudi Arabia, Fatwa No 979)

Keharusan penggunaan inhaler bagi pesakit athma juga harus berdasarkan Fatwa umum dalam masalah ini oleh Syaikhul Islam Ibn Taymiyah (Majmu' Fatawa Ibn Taymiyah, Jld 25, ms 248) Keharusan ini meliputi teknik perubatan yang tidak menggunakan makanan atau minuman. Jika dari jenis debu maka ia diharuskan

Imam Ibn Hazm al Andalusi (al Muhalla, Jld 6, ms 203) tidak batal puasa dalam urusan perubatan termasuk suntikan atau menghirup serbuk..

Kita terpaksa menggunakan dalil fatwa dalam masalah ini kerana ini adalah masalah baru yang tidak ujud semasa Imam-Imam besar Fiqh dahulu.

thtl for al ahkam online  

Takbir Hari Raya

 Salam


Mendayu-dayu ketika membaca takbir & tahmid pada hari raya, adakah ia Islamik?

Wassalam


JAWAPAN:
ziy@d

Salam

takbir mendayu2 kesedihan berasal dari budaya orang melayu. Mungkin kerana hendak menyatakan kesedihan perginya ramadhan.

Tetapi ia tidak sahih di sisi sunnah. Kerana disyariatkan eid adalah utk sebagai perayaan utk bergembira. sebagai petanda kemenangan.

Anas R.A meriwayatkan bahawa apabila sampai ke Madinah, Baginda S.A.W mendapati bahawa penduduk di situ menyambut dua perayaan (Hari Nayrooz dan hari Mihrajaan) yg disambut sejak zaman jahiliyyah. Baginda S.A.W bersabda: “Apabila aku datang kepada kamu, kamu mempunyai 2 hari yg kamu sambut semenjak zaman jahiliyyah. Dan sesungguhnya Allah telah menggantikan perayaan itu kpd kamu dgn lebih baik yakni hari korban dan hari raya fitr (berbuka puasa).” (Hadith riwayat Ahmad, Abu Daud dan lain. Ia adalah sahih)

Imam Bukhari dlm sahihnya meriwayatkan bahawa Umar Al-Khattab ketika berada di Mina, beliau akan bertakbir dlm khemahnya dgn lantang sehinggakan org di masjid dapat mendengar dan mereka juga akan turut berbuat demikian.

Al-Waleed Ibn Muslim bahawa dia telah bertanya Al-Awzaa’ie dan Malik bin Anas tentang bertakbir dgn kuat (lantang) pada hari Eid.” Mereka berkata: “Benar. Abdullah ibn Umar bertakbir dgn kuat pada hari eidul fitri sehingga imam keluar.”

Abu ‘Abd al-Rahmaan al-Salami berkata, “Pada hari eidul fitri, mereka akan berkata dgn dgn kuat berbanding pada hari eidul adha.” Waqi’ berkata: “Bertakbir.” (Al-Irwaa’, 3/122)

Hikmah disyariatkan takbeer pada eid adalah utk memperingatkan orang ramai bahawa eid itu adalah satu anugerah dari tuhan.

Wallahua'lam

Rujukan:
Al-Eid Fil Islam, Al-Jiballi

Ru'yah dan Hisab

  Salam Apakah pandangan al-ahkam mengenai sesuatu negeri hanya mengamalkan kaedah hisab semata-mata tanpa rukyah? Wassalam -------------- J...